Saturday, 22 December 2012

Bereksperimen dgn 'salju'


Bismillah wal hamdulillah...

Kul 12am baru start nk bersilat kt dapo...order xbyk utk esok just mini pavlova 10pcs... so ingat nk bereksperimen dgn kek yg slalu sy buat sejak 2thn lalu... haha! bajett... da 2thn okeh dok buat kek ni n adik2 sy sgt suka kek nehs dari dulu lg... pnh la beberapa kali depa request soh sy baking kek ni smpai tlg beli bahan skali... hehe :) pnya la suka kans...

So mlm ni sy nk ubah sket resepi dia... xubah mana pun cuma nk gantikan dgn resepi japanese cotton soft cake je...rasanya sume org pun tau resepi JCSC ni kans?meh sy share perbezaan 2jenis resepi ni...

Kek Cheese Bersalju (resepi asal)

Bahan-bahan:

  • 6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)
  • 100 gram gula halus
  • 100 gram tepung hong kong (blue key superfine boleh juga)
  • 60 gram tepung jagung (maizena)
  • 50 gram air sejuk (dr peti ais)
  • 1 sudu teh baking powder
  • 2 sudu makan ovelet
  • 75 gram mentega (dicairkan)
  • UNTUK KRIM
  • 1 kotak cream cheese philadelphia
  • 1/2 tin susu pekat manis (satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul2.
  • UTK TOPPING
  • 1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan) 
Cara-cara:

1) Masukkan semua bahan2 kecuali mentega cair. Putar. 
2) Putar dgn kelajuan sederhana sehingga pekat & putih. Akhir sekali masukkan mentega cair. Putar lagi. Sehingga sebati & pekat.
3) Sediakan acuan yg telah dialas dgn kertas minyak atau yg telah disapu dgn sedikit butter.
4) Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam, dengan kepanasan 150C. 
5) Bila sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian. 
6) Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
7) Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
8) Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya. 

Inilah hasilnya...sy buat last 10julai2012 lepas...masa tuh baru nk habes pantang 60hari... beriya okeh nk mkn kek... hehe :P

Hasilnya pada 10Julai2012 lepas... satg kita tgk version ke2 dgn resepi japanese cotton soft pulak na :)
 

0 comments:

Post a Comment

 

Faizah's Baking Stories Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template In collaboration with fifa
and web hosting