Wednesday 27 February 2013

Snowy cheesecake mini version (special vs economy)


Bismillah wal hamdulillah...

Entri kali nehs sy nk share mengenai 1produk sy yg serupa tapi tak sama... hehe... masih lg snowy cheesecake yg menjadi kegilaan ramai skrg nehs n masih lg version mini (ukuran 9" x 3") tp ada 2version dgn harga berbeza... terpulang kepada citarasa n pilihan masing2...

Tanpa berlengah lg, sy perkenalkan mini version special...knp special sbb ia bkn semata2 kek dgn creamcheese frosting... sy sertakan bersama parutan cheddar yg melimpah2, keseluruhan kek sy letak creamcheese frosting bersama almond flakes supaya tiada rasa semata2 cheese... kemudian antara lapisan kek tuh, sy letak chocolate rice bersama... kemudian ada simple deco dari creamcheese kt atas kek... ha byk kan?so berbaloi walaupun rm20/pack... sesuai sbg buah tgn kepada org jika nk p ziarah saudara mara n sahabat handai... :)

Walaupun begitu, anda jg boleh cuba mini version economy... saiz masih sama (9" x 3") cuma sy hanya meletakkan creamcheese frosting di atas n pada lapisan kek serta parutan cheddar di atas kek dgn harga RM15/pack...

Jadi terserah kpd anda utk membuat pilihan :)

Snowy cheesecake version mini economy

Version mini economy


Snowy cheesecake version mini special...
Version mini special with simple deco

Continue reading...

Thursday 21 February 2013

Red velvet... tak jemu-jemu!!!


Bismillah wal hamdulillah...

Dah lama tak update di sini... ok, hari jumaat yg penuh barakah dan mulia ini sy nk share ttg kesedapan n keenakkan si baldu merah a.k.a red velvet yg menjadi kegilaan ramai... mmg jadi hot stuffs kt mana2 pun sbb rasa dia yg unik n mabless... nak2 kalu digandingkan dgn special cream cheese frosting akn membuatkan anda nk makan lagi dan lagi dan lagi tanpa boleh dpt ditahan-tahan... hehe :D

Ok meh share resepi... bleh sapa2 nk cuba... nk order dgn sy pun boleh tersangat dialu-alukan... keh3... tp area perlis je la... :) delivery insya allah area kangar, perlis je... sapa nak boleh sms/wassap ke number 019-5588082

Red velvet (Sumber: Persona Cinta De'Nuanza)

250g tepung halus (superfine flour) - sy guna tepung rose/tepung kek
1tsp baking powder
2tsp serbuk koko
50g walnut cincang - sy guna almond grounds
113g mentega tulen
150g gula castor
1tsp esen vanilla
2biji telur
Buttermilk
240ml susu cair - sy guna full cream milk anchor
1tbsp pewarna merah
1tsp cuka
Cara - Campurkan susu dgn cuka. Biarkan 10minit kemudian campurkan pewarna merah
Tambahan
1tsp cuka
1tsp baking soda
Cara-cara:
1) Ayak tepung, baking powder dan serbuk koko. Ketepikan
2) Pukul mentega, gula dan butter sehingga gula hancur. Masukkan telur sebiji demi sebiji kemudian sambung pukul sehingga adunan kembang
3) Masukkan buttermilk berselang-seli dgn tepung yg diayak tadi
4) Dalam bekas lain, satukan bahan2 tambahan dan tunggu sehingga buih habes baru masukkan ke dalam adunan
5) Timbang adunan ke dalaman cawan kertas bernombor 12. 60g setiap satu. Bakar selama 23minit pada suhu 170c
6) Siap dihidangkan! eh jgn lupa cream cheese frosting.... ehhe

My RV with cc frosting~!
Sgt moist...

Continue reading...
 

Faizah's Baking Stories Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template In collaboration with fifa
and web hosting