Showing posts with label recipies. Show all posts
Showing posts with label recipies. Show all posts

Wednesday, 19 December 2012

Si manis pavlova...


Bismillah wal hamdulillah...

Sapa xpernah mkn pavlova mesti kena cuba :) tp bg yg ada diabetis tak digalakkan cubala... huhuhu... nti masuk spital sndiri tanggung na...oh anyway kalu nk rasa boleh kurangkan jmlah gula dalam pavlova anda... 

Basic meringue contains 55g (1/4cup) caster sugar for evey 1egg white...Rujuk TASTE. Byk kan gula sepatutnya ada dlm pavlova? tp xpa kita boleh kurangkan skit gula... tp xleh byk satg meringue xjadi... So kt sini sy nk share resepi pavlova... sama2 boleh buat. Tapi kalu malas seperti biasa boleh order je dari sy na :)

PAVLOVA SEDAP

Bahan-bahan:

4fresh eggs
3/4cup caster sugar (resepi asal 1cup - kurangkan manis)
1tbsp corn starch (tepung jagung)
1tsp vanilla essence
1tsp vinegar (cuka masakkan atau boleh ganti dgn krim of tartar)
almond flakes (saya tambah utk dptkan pavvy yg lbh crunchy n ada rasa kacang2 sket...sedap!)
Fresh fruits (strawberry, kiwi, dragon fruits, peach, grapes)
Non-dairy whipping cream/Dairy whipping cream (ikut selera... kalu nk rasa lbh susu2 sket boleh guna dairy whipping cream)

Cara-cara:

1) Pastikan telur dalam keadaan segar n dalam suhu bilik (asingkan telur putih n telur kuning dlm keadaan telur sejuk sbb lbh mudah. Lepas itu biarkan telur putih  smpai pada suhu bilik lbh krg 1-2jam... lg lama lg bagus)
2) Putar telur sehingga soft peak. Lepas itu baru masukkan castor sugar sedikit demi sedikit (1tbsp setiap kali n pastikan gula hancur utk masukkan 1tbsp seterusnya. Amik masa lbh krg 2-3minit barula masukkan 1tbsp seterusnya sehingga gula habes)
3) Akan kelihatan meringue kental dan berkilat... Perlahankan mixer, masukkan corn starch, vanilla essence dan cuka. Boleh juga guna kaedah kaup-balikkan adunan.
4) Setelah semua sebati, sediakan baking paper (lukiskan bentuk bulatan ikut saiz yg anda kehendaki sama ada 6inc?8inc? depends ok...tp kalau guna 4biji white eggs boleh dpt pavlova saiz 8inc)
5) Masukkan ke dalam oven yg pada awal di pre-heat pada suhu 180c... apabila masukkan pavlova turunkan suhu kepada 140c. Api atas bawah ye...
6) Set masa 1jam atau 1jam 15minit jika didapati pavlova masih belum masak dgn sempurna
7) Tunggu pavlova sejuk barulah dihiaskan dgn whipping cream n buah2 segar.
8) Pavlova ni sifatnya crunchy dan lembut di dalam...jadi anda bolehla hiaskan dgn whipping cream bila dah nk mkn...Jgn letak whipping cream awal dikhuatiri pavlova anda akn hancur dan tidak crunchy. Terpulang kepada selera masing2

mini pavvy in cups :)






Boleh jg order dgn sy :)

1) Mini pavlova (10pcs mini cups atau 5-6ins 2layers = RM20)
2) 8inc 2layers = RM45
Continue reading...

Si baldu merah...


Bismillah wal hamdulillah...

Utk first entri ni sy nk share mengenai 1resepi best n sedap yakni si baldu merah... eh? RED VELVET sbnrnya... :) so korg kena cuba ek sbb entri ni sy nk share resepi red velvet yg sy dpt dari blog Nasi Lemak Lover... skali cuba mesti jadi pnya! ni version cupcakes... if takut nk cuba version cake leh try version cuppies dulu :)

Kalau malas nk cuba boleh order je dari sy ek... hehehehe... jaui murah2 ja... 16pcs = RM40 so mohler order.. ^_^ 3-4hari pun dok elok n gebu lg...serius!

RED VELVEL CUPCAKES

Bahan-bahan:

150g tepung kek (saya guna tepung rose-cake flour)
1/2 tsb baking powder
1 tbsp serbuk koko
80g butter at room temp (saya guna buttercup je)
120g gula castor
1 large egg
1/2 tbs vanilla essence
1/2 cup buttermilk at room temp (saya campurkan 1/2cawan fresh milk dgn 1/2tbsp cuka n dibiarkan selama lbh krg 10minit)
1tbsp liquid red food coloring
1/2 tsp cuka
1/2 soda baking

Cara-cara:

1) Seperti biasa pre-heat oven pada suhu 180c
2) Ayakkan tepung, serbuk koko, baking powder dalam 1mangkuk. Ketepikan
3) Dalam jug, satukan liquid red coloring dgn buttermilk. Ketepikan
4) Dalam mangkuk mixer, satukan butter dan gula castor. Pukul kedua2 bahan ini sehingga putih+gebu. Selepas itu, masukkan telur n pukul lagi. Kemudian masukkan vanilla essence.
5) Perlahankan speed mixer, kemudian masukkan bahan yg diayak (tepung+serbuk koko+baking powder) dan buttermilk+liquid red coloring berselang seli. Mulakan dgn tepung dan akhirkan dgn tepung juga. Pastikan semua bahan bersatu dgn sebati.
6) Combine cuka+soda baking dalam mangkuk kecil sehingga bahan berbuih-buih. Cepat2 masukkan ke dalam batter (adunan) tadi dan kacau rata.
7) Sediakan cupcakes liner dan masukkan adunan 3/4 daripada cupcakes liner. Masukkan ke dalam oven di tengah rack dan bake dalam masa 20-25minit. Ikut kesesuain oven anda
8) Sejukkan dulu cucakes sblm apply creamcheese frosting.

Boleh order dgn saya ye... :)

For cuppies harga seperti berikut:

16pcs = RM40
25pcs = RM60

For cakes harga seperti berikut:

6inc = RM 50 (2 layers)- creamcheese frosting
8inc = RM65 (2 layers) - creamcheese frosting

Continue reading...
 

Faizah's Baking Stories Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template In collaboration with fifa
and web hosting